Di tulis oleh Kari Molvar, The New York Times,
Terjemahan oleh ANNUR
Kulit yang baik bukan hanya soal semulajadi atau DNA – amalan harian juga meninggalkan kesan yang besar kepada wajah anda. Tetapi, bergantung kepada reviu sesuatu produk atau doctor mana yang menasihati anda, maka terdapat amat banyak pendapat tentang setiap perkara, sama ada tentang bagaimana ia melembapkan atau melindungi kulit daripada sinaran UV.
Tiga Langkah Utama
Anggaplah rutin menjaga kulit memerlukan tiga Langkah utama:
*membersih muka anda
*Toning – mengimbangi kulit
*Moisturising -melembap dan melembutkan kulit
Matlamat rutin (amalan berulang) penjagaan kulit ialah bagi menyerikan rupa anda, kulit amnya menjadi lebih segar, jadi anda lebih mudah mensasarkan kepada spot yang perlukan treatment. “Rutin kecantikan menyediakan peluang bagi melihat perubahan pada diri anda,” kata Kristina Holey, seorang pakar skin care dari San Francisco. Ketika mana usia anda meningkat, maka produk yang anda gunakan perlu juga diubah-suaikan. Namun beliau menambah, “ini bukanlah usaha untuk mencapai kesempurnaan rupa.” Biarkanlah tiga Langkah ini menjadi rutin harian untuk menyegarkan kulit anda ketika menghadapi cabaran hidup setiap hari.
Mengambil Masa
Sains dalam produk Skin Care sudah wujud agak lama – tetapi tanpa jalan pintas atau hasil yang segera. Anda memerlukan masa untuk melihat hasilnya, kata Dr Rachel Nazarian, seorang pakar kulit dari Manhattan, New York. “Hasil hanya dapat dilihat setelah penggunaan yang konsistan”, beliau menerangkan. Pada amnya, gunakan produk sekurangnya enam minggu, sekali atau dua sehari, sebelum anda nampak apa-apa perbezaan.
Membersih muka adalah langkah asas yang paling penting dalam stiap rutin, kata pakar kulit Dr. Carlos Charles dari New York. “Kulit kita berdepan dengan pencemaran persekitaran, kotoran dan factor-faktor lain setiap hari dan ini perlu di hapuskan secara lembut”. Bersihkan dua kali sehari, pagi dan petang, bagi mengelakkan liang pori(pores) daripada tersumbat dan jerawat, sambil menambah kesegaran kulit.
Dapatkanlah Cleanser Untuk Muka Anda
Kaedah yang betul membersih kulit anda tanpa menghapuskan minyak di muka yang sihat dan perlu. Hati-hati Ketika menggunakan scrub (gunakan sekali seminggu) dan elakkan yang dibuat daripada kulit walnut atau bahan yang menghakis kulit.
Untuk membersih setiap hari anda boleh pilih antara yang berikut:
JENIS KULIT | JENIS CLEANSER | KEGUNAANNYA |
Berminyak atau berjerawat | Cecair berbuih | Bila digunakan dengan air,ia mengeluarkan buih dan boleh membuang kotoran dari pori |
Kering,merah dan berjerawat | Krim atau losyen | Ia dibuat dengan emollient seperti glycerin atau shea butter yang menghapuskan kekotoran sambil melembabkan kulit |
Sensitif | Minyak | Seperti argan oil, ia tidak kormedogenik, ringan, melembab dan mudah di terima kulit sensitif |
Kulit dewasa | Balm mudahcair | Ia seperti mentega, mencair ketika di gosok dikulit. Boleh digunakan tanpa air dan melarutkan mekap yang tebal dengan menenangkan. |
Mana-mana jenis kulit | Micellar water | Rutin ala Perancis, bebas daripada sabun dan menarik debu dan minyak dengan mudah,tetapi tidak mengeringkan. Ia tidak perlu di basuh atau disapu kuat. |
Apa Maksudnya Non-Comedogenic
Istilah ini kerap dilihat pada label produk dan digunakan pakar skin care, tetapi tidak selalunya ditakrif dalam Bahasa yang jelas. Di sini penerangan yang mudah: Jika sesuatu produk mengakui sebagai non-comedogenic, ini bererti ia tidak menutupi pori atau menyebabkan jerawat – samaada dengan menyekat kulit, menyekat kelenjar atau mengiritasi folikel rambut. Klaim in tidak dikawal oleh pihak FDA, jadi banyak syarikat membuat ujian persendirian sahaja untuk menetapkan sama ada produk berkenaan di anggap komedogenik atau tidak. (minyak kelapa dan cocoa butter adalah diantara bahan yang non-comedogenic). Biasanya produk yang tidak banyak bahan lebih mudah ditentukan sekiranya ianya menyebabkan sebarang reaksi kepada kulit.
.
[bersambung………..]