Di tulis oleh Kari Molvar, The New York Times,
Terjemahan oleh ANNUR
Fungsi asas moisturiser ialah untuk melembab dan melembutkan kulit. “Pentingnya, moisturiser membantu mengelakkan kehilangan air melalui lapisan luar kulit.” Dr Charles menjelaskan. ” ia juga boleh menjadi pelengkap kepada bahan pembentuk kulit seperti ceramide, dan kepada minyak lapisan pelindung yang sedia ada dalam kulit anda. Inilah satu produk yang para Doktor rekemen gunakan sepanjang tahun, untuk semua jenis kulit. “Kulit secara semulajadi hilang kemampuan mengekalkan kelembapan ketika umur kita meningkat,” ujar Dr Nazarian, ” dan kegiatan harian, seperti pembersihan, boleh menghilangkan pelembab semulajadi dari permukaan.”
Bagaimana memilih Pelembab
“Anada sekalian memerlukan Pelembab, tetapi tekstur pelembab berbeza mengikut jenis kulit anda,” kata Matolli. Gunakan jadual dibawah dihasilkan Dr. Nazarian, sebagai panduan:
Jenis Kulit | Jenis Pelembab | Kegunaan(mengikut Matolli) |
Berminyak | Pelembab Gel | kebanyakannya berasas air, ringan dan menyerap cepat |
Normal atau kombinasi | Losyen | ini pelembab klasik(lazim), terasa lebih lembab daripada gel tetapi lebih menyerap. |
Kering | krim atau krim lembut | lebih berasas minyak dan lebih berat daripada losyen |
Kulit kemerah-merahan dan sensitif(tapi tidak mudah berjerawat) | Balm | seperti krim, tetapi balm lebih baik untuk jenis kulit yang amat kering, dan dengan tekstur yang lebih berat |
Perbezaan Diantara Day dan Night Cream
Krim yang anda gunakan disebelah pagi berfungsi menjaga kulit anda daripada agen-agen bahaya dialam sekeliling yang dihadapi ketika mulai keluar dari rumah anda – banyak mengandungi antioxidant bagi mengurangkan free radicals (sejenis pencemar) selain daripada menjadi pelindung cahaya matahari yang mengandungi radiasi ultra-violet(UV). Ia biasanya ringan secara konsistan.
Night Cream sebaliknya fokus kepada membaik pulih kerosakan kulit ketika terdedah disiang hari, dengan bahan seperti retinol untuk mengawal bintik-bintik hitam. Krim ini juga menambah kelembapan, yang lazimnya menurun disebelah malam dengan bahan seperti Cetanol yang membentuk tektur yang tebal dan segar.
Eye Cream
Dapatkah anda bebas tanpa eye cream? Memang dapat. Tetapi jika anda ada isu tertentu – bintik berwarna yang berlebihan (hyperpigmentation), kulit kering dan bengkak – anda mungkin ingin mencubanya. “Kulit di keliling mata adalah nipis dan sensitif, dan ia mungkin terkesan oleh bahan irritasi berbanding kawasan lain kulit,” skata Dr Nazarin. “oleh itu pakar kulit biasanya merekemen eye cream yang mengambil kira, sensitiviti kawasan mata dan mempunyai kosentrasi bahan aktif yang rendah.
Untuk undereye bags dan inflamasi, bahan seperti kafein, peptides dan hyaluronic acid lebih melegakan, kata Mattioli. “Bulatan Gelap mungkin disebabkan saluran darah yang nampak atau perubahan warna kulit lazim terjadi pada kulit yang gelap,” beliau berkata. ” carilah bahan pencerah seperti vitamin C, kojic acid dan niacinamide.” Tip: Jauhilah retinol yang kuat (yang boleh sting dan menyebab kemerahan) dan fragran bagi mengelak iritasi kepada mata.
,
Bersambung…………….