Serum merupakan jenis skin care yang sangat berguna. Dengan mengandungi konsentrasi dos bahan aktif yang tinggi, ia mampu menangani beberapa isu, daripada bintik hitam kepada kedutan kulit. Jika sekalipun anda tidak berhadapan dengan sebarang isu, anda semua memerlukan antioksidan am disebelah pagi bagi menjaga kulit daripada kotoran harian. Matiolli kata, “sementara terdapat pelbagai pilihan bahan yang sesuai, Nazarian menyatakan beberapa yang beliau gemari. Untuk menangani isu yang spesifik, anda boleh cari produk produk ini:
- Hyaluronic acid bagi mengekal kelembapan dengan cara mengukuhkan lapisan atas kulit.
- Vitamin C bagi membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan bintik hitam dengan menggunakannya secara berterusan.
- Retinol, vitamin B3, peptides bagi merangsang pengeluaran kollagen dan elastin, protein yang membantu menghilangkan kedutan dan kekenduran kulit.
- Kolloidal sulfur, niacimide bagi menenangkan kemerahan dan irritasi dengan mengurangkan inflamasi, dan mengawal jerawat dengan kesan antimikrobial.
Petunjuk Berguna
Jika anda meghadapi banyak isu, anda mungkin ingin mencuba pelbagai formula. “Saya sarankan anda menggunakan lain produk untuk merawat lain-lain tempat,” kata Matolli. Mungkin anda gunakan Vitamin C pada keseluruhan tempat teapi yang lain untuk hyperfigmentasi di beberapa tompok sahaja.” Gunakan kombinasi mengikut nasihat pakar kulit anda untuk mengelak sebarang reaksi yang mungkin timbul.
Walaupun dengan tujuan menjimat masa, jangan cuba mencampur serum dalam moisturizer anda. Ini mengurangkan kemampuan serum menyerap dengan berkesan. Dr Nazarian berkata: “Produk perlu di applikasi satu demi satu.
Bukan semua Serum disapu dalam kekerapan yang sama. “Ini berbeza mengikut bahannya”, kata Dr Nazarian. “Saya lebih suka menggunakan antioxidant di sebelah pagi kerana ia memberi perlindungan dari alam sekeliling, lagipun ramai daripada kita tidak menggunakan sunscreen,” kata Mattioli. Tetapi ada juga bahan yang lebih sesuai digunakan disebelah malam. Misalnaya, “Retinol tidak setabil dalam matahari terik dan mudah rosak jika digunakan di siang hari. Dr Nazarian kata, pokoknya Bacalah label cara mengguna dengan teliti.
ANNUR Deep Serum: Dirumus oleh Pakar Kulit Universiti Terkenal di Malaysia
.
Bersambung……………………….