Membina jenama adalah sesuatu yang paling sukar dan memerlukan perancangan yang teliti, kegigihan, lebih-lebih lagi sokongan daripada anda dan keizinan Allah SWT. Anda mungkin kenal dengan banyak jenama yang terkenal seperti LUX, PALMOLIVE, PANTENE, YSL, SHAFI, CHANEL, MILO, NESCAFE, INDOMIE dan banyak lagi. Tetapi, ini semua jenama dari luar negara dan dimiliki oleh orang bukan Melayu atau Islam.
Memandangkan hakikat ini, beberapa Ulama seperti Prof Dr Yusuf Qaradawi dan Prof Dr. MAZA menggalakkan orang Islam supaya berniaga, menjadi pembekal produk dan pemilik jenama yang berdaya maju dalam pasaran. Jika tercapai, maka masyarakat Islam mampu berpindah daripada hanya satu masyarakat pengguna yang bergantung kepada masyarakat lain, kepada satu masyarakat yang maju dan serba boleh dalam bidang perniagan dan ekonomi.
Tidak dinafikan sudah ada jenama yang cukup terkenal dipasaran yang dimiliki oleh orang Melayu/Islam seperti ADABI, BRAHIM, FAIZA, RAMLY BURGER, HABHAL, PAWADA, SIMPLY CITY dan lain-lain lagi. Tetapi ia tidak banyak dan hampir semuanya terhad di dalam sektor makanan sahaja.
Berinspirasikan senario diatas, kami telah mulai berusaha mempelbagaikan perniagaan yang ada dalam sektor hartanah, dengan menceburi sektor skin care, kosmetik dan produk pendandanan diri. Pada tahun 2012 kami mendaftar dua jenama termasuk ANNUR yang dibuat oleh pereka design professional dari Kuala Lumpur.
Namun perjalanan perniagaan dalam sektor ini tidaklah mudah dan ianya berliku-liku dan menghadapi pelbagai masalah yang timbul dari pihak pembuat produk, rangkaian jualan dan soal modal. Hanya pada tahun 2020 kami berjaya memulakan perniagaan ini dengan dorongan daripada kemajuan pihak SIRIM, MPOB dan beberapa UNIVERSITI MALAYSIA yang ternama dalam membuat dan berkongsi Research and Development (R&D) dalam bidang kosmetik dan skincare. Dengan kemudahan ini dan berbekalkan pengetahuan tentang struktur pasaran yang kami lalui sejak beberapa tahun lepas, maka kami berjaya melancarkan produk pertama, iaitu ANNUR Scented Hand Sanitizer. Pada masa ini produk ini dibekalkan dalam sepuluh varian dengan wangian yang berbeza untuk setiap varian.
Kerja-kerja promosi dan pembangunan rangkaian jualan sentiasa dilaksanakan. Promosi dibuat melalui media atas talian, terutama melalui Facebook dan Instagram yang ditujukan kepada audien diseluruh Malaysia. Posting-posting kami yang berupa promosi berbentuk video, gambar dan bertulis telah berjaya mencapai lebih 500,000 orang setakat ini. Usaha ini sedang diteruskan sebagai informasi baru dan update untuk pelanggan dan mereka yang berminat.
Disamping Scented Hand Sanitizer, baru-baru ini kami juga telah melancar produk Skin Care yang kini kami sediakan dalam bentuk Deep Cleanser, Toner, Day and Night Cream dan Deep Serum, lipstik, deodorant dan sabun buku. Semua produk kami diperbuat daripada bahan asli bermutu tinggi yang mesra kulit. Ini berbeza dari amalan industri, terutama pengeluar dari luar negara yang banyak menggunakan bahan sintetik yang kadang-kala mengandungi bahan yang kurang selamat jika digunakan untuk kulit.
Produk-produk ini telah dibuat hasil daripada Research and Development (R&D) oleh pakar-pakar daripada dua buah Universiti Malaysia yang terkemuka.
Kedai kami yang pertama telah dibuka baru-baru ini di Level 3, Publika Shopping Gallery, Mont Kiara, Kuala Lumpur, dan insya Allah sebuah lagi akan dibuka di I-City Mall di Shah Alam pada Mac tahun 2023.
Bagi pelanggan atas talian mereka boleh membeli di shopee.com.my/annur_official. Sekian, Salam.