Pendaftaran temujanji telah saya buat atas talian pada 11 Mei 2021 dan beberapa hari kemudian, Check di Laman Sesawang COVID-19 dan applikasi My Sejahtera menetapkan temujanji Vaksin pada 23 Mei, 2021. Saya mengesahkan hadir untuk hari ditetapkan. Syukur Alhamdulillah, tak lama menunggu – mungkin kerana fakta umur 72 tahun, saya tergulung dalam kategori prioriti. Dua hari sebelum tarikh vaksinasi, sekali lagi saya dimaklumkan melalui telefon akan temujanji berkenaan.
Dalam masa dua hari menunggu saya sempat banyak melayari internet selain menyemak updates isu-isu terkini dalam applikasi Whatsapp yang membuat saya begitu sebok tak tentu arah, tapi mendapat banyak ide-ide yang bernas sebagai penulis. Kesemuanya ada tujuh buah group yang saya ikuti, tiap-tiap satunya begitu sebok dengan tak kurang daripada 100 updates sehari. Ramai dari kalangan kami orang pencen, banyak pengalaman diperingkat atasan dahulunya dan amat berkelayakan.
Group-group ini amat positif tentang program Vaksinasi, walaupun ada juga yang kritikal dengan cara kerajaan mengendali ekonomi dan perang melawan pandemik dimasa kebelakangan ini. Maklumlah, negara sedang melalui masa yang amat sukar dengan rekod COVID-19 yang mengganas. Setakat hari itu sudah lebih 400,000 orang dijangkiti diseluruh negara. Kasihan pula dengan Tan Sri Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan yang tidak kenal penat lelah sudah lebih setahun, tiap tiap hari mengupdate rakyat tentang data terkini sambil menasihatkan mematuhi SOP.
Saya sendiri telah menerima puluhan nasihat dari kalangan kawan-kawan dan kaum keluarga tentang persiapan sebelum, sedang dan selepas vaksinasi. Ada yang melarang makan ubat-ubat harian saya sehari dua diwaktu vaksinasi. Isteri saya menyediakan makanan dan air sejuk untuk bekalan dan anak saya telah membeli mask yang lebih tebal, dan juga face shield untuk saya pakai dihari itu. Pening kepala menghadapi itu semua. Malah lebih memeningkan daripada vaksin itu sendiri.
Ketika tiba harinya saya meminta anak memandu dan menemani saya ke pusat vaksin di Stadium Perpaduan Negeri, Kuching. Biasanya saya memandu sendiri ketika menghadiri temujanji medical di hospital. Tapi hari itu saya memilih ditemani kerana khuatir juga banyak kali terbaca artikel kes kecemasan selepas vaksin. Tambahan pula bimbang tidak cukup tempat parking jika orang terlalu ramai macam di Selangor.
Sebaliknya keadaan amat selesa dan teratur sungguhpun ramai juga yang hadir hari itu. Setibanya saya disambut petugas yang cukup ramai menunjuk arah. Setelah scan masuk dengan MySejehtera, saya diiringi Norshaharina anak saya kekaunter mengambil nombor giliran dan kami disilakan duduk sambil mengisi borang persetujuan menerima vaksin dengan pen yang saya minta dari petugas.
Semua petugas amat cekap dengan tugasan masing-masing. Saya agak keadaan serupa dialami di tempat-tempat lain dalam negara, kecuali keadaan sesak di Selangor. Di Kedah lain pula halnya apabila seramai 10,000 orang yang berdaftar tidak hadir temujanji. Agaknya orang Melayu ambil sikap sambil lewa sahaja di beberapa tempat. Lain pula halnya dengan kaum lain, terutama dari kaum Cina yang ramai memenuhi pusat vaksin di hari-hari awal. Mereka amat perihatin memaklumkan dan membantu rakan dan kaum keluarga yang kurang celik menggunakan peranti MyMesra. Jentera sosial mereka amat berkesan.
Seterusnya saya dapati perlu bersihkan tangan selepas menerima borang dan pen dari petugas.. Ada terdapat beberapa Jenama Hand Sanitizer di pasaran, termasuk Purell, Dettol dsb. Saya biasanya membawa ANNUR Scented Hand Sanitizer kerana ianya berwangi dan mesra kulit dan dalam pakej bersaiz kecil, jadi mudah dibawa kemana-mana.
Nombor giliran saya dipanggil setelah sejam menunggu. Lantas saya kehadapan menuju kaunter untuk mengesahkan identiti dan menjawab soalan-soalan tentang kesihatan yang diperlukan. Kemudian saya diarah ke kawasan berikutnya untuk Q menunggu injeksyen sambil menyerahkan borang pengesahan. Keadaan di kawasan ini juga cukup selesa dan teratur dan setelah 30 minit menunggu sayapun dipanggil untuk injeksyen. Proses injeksyen mengambil masa singkat sahaja. Saya di injek dipangkal lengan sebelah kiri – tidak sakit, cuma macam digigit semut sahaja. Saya dipinta scan MySejahtera lagi untuk mengesahkan yang suntikan sudah diterima, bagi membolehkan temujanji dos kedua tiga minggu selepasnya. Kemudian saya diarah menuju ke kawasan ketiga, ia itu kawasan pemantauan.
Saya menunggu 45 minit di kawasan pemantauan (Observation Area). Selepas itu nama saya dipanggil kekaunter terakhir di hadapan. Selepas mengesahkan yang saya berasa sehat seperti biasa, saya dibenarkan pulang. Saya sempat mengambil gambil gambar kenangan seperti di bawah.
Kesemuanya keseluruhan peroses mengambil masa 2 jam 15 minit. Syukur Alhamdulillah, saya dibenarkan balik. Saya dan Norshaharina berjalan menuju kearah kereta kami yang diletak tidak jauh dari pintu keluar Stadium Perpaduan. Tiga minggu selepas ini saya akan kembali lagi untuk dos kedua Vaksin Pfizer.
Pada hari itu saya anggar kira-kira 1,600 orang yang mendapat Vaksin di Pusat Vaksin Stadium Perpaduan, Kuching.TAMAT
.
DAH IKHWAN